NADI e-Sukan : Taklimat Penggunaan Discord
13 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 12 April 2025, telah berlangsung NADI e-Sukan : Taklimat Penggunaan Discord. Taklimat ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 10:30 pagi. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang taklimat ini berlangsung, wakil e-Sukan iaitu puan Sasha menerangkan apa itu Dicord serta kegunaan Discord. Seterusnya. puan Sasha menerangkan ciri-ciri utama Discord seperti pelayan, saluran, sembang suara dan video, bot dan integrasi dan peranan. Selain itu, puan Sasha menerangkan mengenai panduan asas penggunaan Discord seperti daftar dan muat turun, kenali antara muka Discord, sertai atau cipta pelayan, fahami jenis saluran, hantar mesej dan reaksi, peranan dan keizinan dan guna bot untuk tambah fungsi. Akhir sekali, puan Sasha menerangkan cara membuat invite link menggunakan pc dan laptop.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat membina hubungan baik diantara pihak pengurusan NADI dan pihak e-Sukan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: